Apa ada pada dunia debate? Jom baca kisah aku ✨
Bismillah, nama aku Aisyah. Aku ni takut sangat nk ke depan. Nak keluarkan suara pun takut. Macam ada emas and mutiara gitu dalam mulut haha. Kalau cikgu suruh bacakan passage dalam kelas, suara aku akan jadi pelan sgt sgt. Kesian org hujung and org belakang tk dengar haha. Naik stage? Memang tk pernah terfikir pun lah. Aku tkde bakat ape ape. Suara tk sedap, takleh nyanyi. Acting skills zero, takleh lakon. Memang mcm tong kosong...nyaring bunyinya haha.
Dulu masih kecik kecik time "nadwah" kat Alsagoff, slalu ada competitions. And everytime siapa masuk memang akan dapat trophy. Tak kisahlah placing ke berapa pun, pertama atau sagu hati ke, tetap dapat trophy 👍 pernah jugak terlintas dalam hati "bestnye kalau dapat piala" yela, masih kecik kecik memang masuk competiton aim piala la haha. tapi aku kuburkan je niat aku pasal aku memang takut sgt dgn audience. Stage fright ya'ni!!
Tapi time tu kawan rapat aku nama die Mujahidah.. Die selalu motivate aku and bagi aku semangat untuk masuk, untuk lawan kegentaran dalam diri. Byk jugak competitions yg kite masuk sama sama...dari tarannum quran ke syarahan di masjid sultan.. (": Kte tak dengki kalau siapa higher, pasal we know ini akan lebih mengeratkn ukhuwwah kite.
Sebenarnye.. Aku da lari topic huhu.
Aku nk share keindahan dunia perdebatan.
Aku nk clear misconceptions orang yang pandang hina, pandang sinis, pandang rendah kat alam bahas ni.
Aku nk spread the joy of this competition haha!
Okay so sebenarnye, aku paling benci berbahas.
Tapi orang kata, usah membenci nnti lama lama jatuh hati. 😇
Mula mula masuk real competition waktu aku secondary four. Memang tak rela. Tu kene paksa. Paksaan Syadeed ya'ni, takle say NO pun haha 😖 tapi Alhamdulillah, i thank Allah for that paksaan though 😅 ada kemanisan terselit disebalik kesengsaraan.
Aku nye orang more to berpidato, pasal suke sgt tgk programme #AdikAdikKu (insyaAllah boleh!) and dapat rangsangan semua dari situ. Aku boleh deliver speech atau points tapi bukan debate eh. Orang bangun pastu bangkang, nk aku jawab ape? Tulah moment paling aku tak suke time debate huhu.
Term bahasa arab bile orang mencelah, namanya "mudakhalah". Die ada dua types. Satu, kau sajeje nk kacau kacau opponents tanya soalan yg mmg ghair ma'qul atau saje kasi gertak haha. Lagi satu mmg soalan yg bermanfaat ah. Kalau dapat opponent group yg suke mudokhalah num one.. Pandai pandai la cover 😜 atau senang takya kasi chance drg bangun 😂
Ape aku belajar dari dunia debate?
1) Keberanian. Berani nak suarakan pendapat. Berani nk tentang case atau usul yang dorang bawak kalau bercanggahan dengan pendirian kite.
2) Keyakinan. Kalau kau tak yakin dengan points kau, mcmne kau nk yakinkan hukkam? Mcmne kau nk yakinkan penonton? Paling penting dalam debate, kau kene yakin pendirian kau betul. Kau kene yakin yang kau benar and opponent salah.
3) Knowledge bertambah. Alhamdulillah, dari debate lah aku belajar byk perkara. Pasal politics, pasal agama, pasal economy, pasal society, etc. Kalau tak kerana debate...memang aku takkan baca dry topics mcm gitu haha.
4) Kesabaran & Kuatkan Semangat. Ape ape yang jadi, sabar lah. Aku pernah rasa kegagalan bile aku masuk Bahas 4PM. Rasa down tu normal, tapi janganlah pulak salahkan takdir. Aku belaja untuk sabar, redha and just terima seadanya. Alhamdulillah. Sabar jugak bile kene humiliated... Haha tahun satu aku masuk debate kat USIM, aku tk rasa aku berdebat. Mcm buat lakonan emosi hahaha, pastu asyik kene "mudakhalah" and aku tk tawu jawab. Memang down la sangat. Tapi, chill chill mango pie ye.
5) Kerjasama. Teamwork dengan teammates sendiri amat amat amat diperlukan. Aku hargai satu satu team members aku. Aku bersyukur dapat members macam mereka. Antara semua, aku rasa aku paling "petai" diantara Otai-s. Rasa tak layak berganding bahu dengan mereka. Tapi dorang tak pernah sisihkan aku. Alhamdulillah ☺️
6) Kenalan ramai. Ni fav part akuuu 😇😇😇
Dari sini, aku dapat kenal lagi ramai pendebat yang awesome awesome. Semua ada personalities berbeza. Ada macam singa, ada macam bayu. Ada friendly sangat sangat and ada yang mcm polis kat MRT yang taknak senyum haha! Lagi best, kite musuh dalam gelanggang tapi kawan luar gelanggang. Ada yang terus amik gambar tukar tukar instagram/twitter accounts and tukar number phone. Thanks for all the memories shared!
One day, nak buat comeback. Tapi macam muhaaal (mustahil) gitu la kan, haha.
Ohya, please buka minda besar besar. Takmo kecam pendebat and ckp "pendebat bile luar gelanggang pun asyik nak berdebat, nk menang je tawu" atau "Orang Islam kene jauhkan diri dari berdebat" ❓😤☝️
Ha ah. Elakkan berdebat dengan orang jahil, bukan debate dalam competitions. Siapa kata kite asyik nak menang? Kite belajar banyak tekan nafsu, hormat pendapat die and so on.
"Berbahas adalah pertukaran pendapat. You exchange ideas. Bukan pergaduhan, bukan pertengkaran" 💛✨
the otai-s (': ✨💓 (usim yr 2014)
a really diff debate this time round, (debate ifta' /mufticup yr 2016) ✨