Tapi.. Yes. Dunia semakin maju dan manusia berubah.
Bodohnya aku lukai hati yang dipinjamkan Allah. Bodohnya Aku leka akan dunia yang kupasti akan fana'. Jahilnya aku ya Allah...
Nak ubati hati yang duka? Nak ubati hati yang lara? Carilah hingga ke hujung dunia, carilah doktor atau ahli yang mahir. Tetapi ternyata mereka akan gagal. Gagal merawat hati yang terluka. Mengapa? Kerana penawarnya berada dekat denganmu. Lebih dekat dari urat nadimu.
Ya, هيا نرجع إلى الله!
Pulanglah. Allah rindu rintihanmu. Allah cemburu jikalau kau sentiasa teringatkan si dia. Pulanglah. Cinta Allah cinta yang hakiki. Cinta Allah mendamaikan hati. Cinta Allah dulu ya? Letakkan Allah dan Rasulullah di tangga yang teratas. Abaikan si dia. Jangan kalah dengan ajakan syaitan dan hasutan nafsu. Bukankah redhaNya yang kau dambakan?
😊✨💛 -@
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذبك من سخطك والنار، آمييين (: