Monday, 18 May 2015

Saje

Dulu kau da buat
Sekarang jangan ulang
Kata kita sahabat?
Janganlah menghalang. Kkbye.

Wednesday, 6 May 2015

Rindu? 😢

Fail hijau ku tarik perlahan.
Aduh. Segala memori manis dan pahit bermain di minda. 
Ku selak helaian pertama, beberapa keping gambar mencuri perhatian ku.
Sambil tersenyum, aku meneruskan helaian yang seterusnya.
Aku mula mengeluarkan beberapa kertas A4 dari fail tersebut, menilai kepada tajuk yang ada.
Sambil membacanya, aku cuba menggayakan dengan tangan juga.
Nasib baik tiada siapa berada di sisi. Pasti mereka akan tergelak melihat aku begitu menjiwai. 

Bersyukur sangat aku diberi peluang selama dua tahun. Peluang berharga. Peluang keemasan. Peluang mewakili madrasah tercinta. Peluang menimba pengalaman istimewa. Alhamdulillah a'la kulli haal ya rabb. 

Secara jujurnya, sewaktu dipilih pada tahun yang pertama, aku begitu tidak yakin pada diri sendiri. Aku menganggap ianya sebagai satu paksaan. Seolah-olah satu penderitaan. Satu penyiksaan. Namun disebalik semuanya, terselit seribu satu kemanisan. Jalinan ukhuwwah yang begitu erat; disaksikan curahan air mata dan gelak tawa. Sungguh, aku hargai semua itu. 

Benciku pada dunia perdebatan kian pudar. Makin lama makin sayang. Arena perdebatan semakin kurasakan seronok. Mungkin ahli kumpulan juga memainkan peranan penting. (': Dan tidak lupa juga seorang insan yang telah banyak berjasa. Kata-kata perangsang, dorongan dan galakan yang diberi tidak pernah mematahkan semangat. Selalu sahaja berbentuk positif. Terima kasih yang tidak terhingga Sayyedah Jannah. Mungkin kerana beliau juga, aku semakin jatuh cinta dengan bahasa Arab. (': 

Memandangkan aku tidak pernah berkongsi pengalaman tentang pertandingan ini pada tahun yang pertama, izinkan aku melakukannya secara ringkas ya ✨ 

Pertandingan apakah ini? 
Debat bahasa Arab. Mulanya aku risau juga kerana kosa kata aku masih terhad, takut juga apa yang dikatakan oleh pihak lawan gagal untuk ku fahami. Namun, kata "mentor"ku, sewaktu latihan, kita akan cuba menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan maudhu'. Makanya, ia akan lebih memudahkanku nanti.

Sewaktu salah satu pusingan tahun pertama, masih jelas lagi bagaimana aku asyik "dicelah" (mudakhalah) oleh satu peserta dari Malaysia ini. Peristiwa yang agak meng"stress"kan diriku haha!
Sebenarnya terdapat seribu satu peristiwa yang manis dan pahit dan kelakar dan.. (The list goes on) 
(Namun biarlah ianya terbuku di kalbu sahaja ya 😅😉) 

Akhir sekali, persahabatan yang terjalin antara peserta-peserta nusantara (ada dari Indon, Brunei, Singapore & Malaysia) ini amat amat amat bermakna 🙆😍


Tahun pertama (2013) Guru pengiring: Ustazah Shahida & Ustazah Ainul Mardhiyah 💖

Agak terkejut tatkala kelibat mudir muncul HAHA (benar2 di luar jangkaan) 

🎀

Gambar bersama sahabat sahabat dari pelbagai negara.. Boleh dapatkannya di sini---💗. Ya di dalam hatiku. HAHA. (Chey, ada di akaun instagram saya ya. Harap follow @Aieysyah) (HAHA ni promote ke apa) 😅 (not) (sebenarnya mata mengantuk, sudah nak masuk 3 pagi. Maafkan saya andai terkecil hati kerana wajah anda tiada di dalam gambar) 😂🙆

(Sebenarnya entri ini sekadar mahu berkongsi perasaan rindu sahaja, tidak terlintas langsung mahu menceritakan pengalaman haha. Tetapi, once jari mula menaip, agak sukar untuk berhenti 😅)

Jumpa lagi di kesempatan yang akan datang, insya Allah ✨✨✨